Dasar privasi
Apa yang laman ini kumpul, apa yang tidak dan siapa lagi yang mungkin melihat kunjungan anda.
Privasi pelawat penting kepada saya. Halaman ini menerangkan maklumat yang dikumpul apabila anda melawat ibrahimroslan.com, dalam bahasa biasa, bukan bahasa peguam.
Maklumat yang dikumpul
Laman ini mungkin menggunakan perkhidmatan analisis trafik ringkas untuk melihat maklumat asas seperti jumlah paparan halaman, jenis pelayar dan jenis peranti. Maklumat ini bersifat agregat dan tidak mengenal pasti anda sebagai individu.
Saya tidak mempunyai borang pendaftaran, tidak menyimpan senarai e-mel dan tidak meminta nama atau nombor telefon anda di mana-mana halaman.
Cookies dan pihak ketiga
Laman ini sendiri hanya menyimpan satu pilihan kecil dalam pelayar anda: sama ada anda memilih mod terang atau gelap. Pautan affiliate yang saya guna (contohnya Shopee) mungkin menggunakan cookies di laman mereka untuk mengesan rujukan. Butiran ada di halaman Penafian.
Pautan luar
Setelah anda klik keluar ke laman lain, dasar privasi laman tersebut yang terpakai. Saya tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau amalan privasi laman pihak ketiga.
Perubahan pada dasar ini
Jika dasar ini dikemas kini, tarikh di atas akan berubah dan perubahan besar akan dinyatakan dengan jelas.
Hubungi saya
Ada soalan tentang dasar ini? E-mel saya di hello@ibrahimroslan.com.