Ibrahim Roslan
Gambar Ibrahim Roslan

Tentang saya

Ibrahim Roslan

Batu Gajah → Putrajaya

Asal
Batu Gajah, Perak
Kini
Putrajaya
Bahasa
Melayu, Inggeris
E-mel
hello@ibrahimroslan.com

Saya Ibrahim Roslan. Laman ini ruang perkongsian peribadi saya. Semua yang ada di sini datang daripada apa yang saya sendiri lalui, bukan teori.

Saya bercerita tentang pengalaman hidup dan keputusan yang saya betul-betul buat, bermula daripada yang kecil seperti memilih perkakas rumah, sampai kepada keputusan besar yang membawa komitmen kewangan panjang, termasuklah membina keluarga dan merancang untuk memiliki aset sendiri.

Apa yang saya kongsikan berdasarkan apa yang telah saya lalui setakat ini. Saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan itu pun saya tulis.

Kenapa nama "Satu perkara, beribu perspektif"?

Apa yang kita lihat selalunya cuma satu sisi daripada keseluruhan cerita, termasuk apa yang saya tulis di sini. Saya kongsi sisi saya dan berharap dapat belajar daripada sisi orang lain juga.

Apa yang saya tulis

Berhubung

Ada soalan, nak betulkan saya, atau sekadar mahu menyapa? E-mel saya di hello@ibrahimroslan.com. Saya baca semua, walaupun kadang lambat balas.